Sunday 22 January 2012

Kos Pembinaan Sebuah Banglo Di Melaka

Ramai yg bertanya saya & meminta saya buat quotation untuk harga pembinaan sebuah rumah banglo. Rata2 yg berjumpa saya sering bertanya, "sekarang nie kalau nak buat rumah berapa harga persqft yea". Hari nie saya nak kongsi apakah kos2 yg menyebabkan harga sebuah rumah itu berbeza diantara satu sama lain. Betul, kadang2 yang si "A" kata aku boleh buat rumah dgn harga RM100 / sqft, mamat "B" pulak cakap dia boleh buat dgn harga RM110 / sqft.

Untuk pembinaan sebuah rumah banglo, biasanya keuntungan Kontraktor adalah antara 15% ke 25% tapi kadang2 boleh berlaku dimana kadar keuntungan kontraktor sekitar 10% sahaja. Ini mungkin disebabkan kepada kenaikan harga bahan binaan. Sekarang nie pulak ada berlaku masalah kekurangan pekerja binaan disebabkan kerajaan melancarkan PROGRAM 6P kepada pekerja asing. Harga upah juga boleh melambung naik jika masalah nie tidak diatasi.

Berikut adalah perkara2 yang perlu diambil kira dalam menentukan harga sebuah rumah :

1) Keluasan Rumah - Biasanya untuk 2000 sqft ke bawah, upah adalah lebih mahal daripada keluasan di atas 2000 sqft.

2) Jenis / Rekabentuk Bumbung - Penggunaan struktur bumbung (besi or kayu), jenis roof tiles, dan rekabentuk bumbung.

3) Jubin Lantai - Penggunaan jenis jubin (homogeneus or seramic), dan saiz jubin (2' X 2' or 1' X 1').

4) Tingkap - Penggunaan tingkap yg terlalu banyak dan ketinggian sesebuah tingkap.

5) Setingkat / 2 Tingkat - Bagi rumah yg mempunyai 2 tingkat, kos pembinaan akan bertambah kerana penggunaan kayu & besi yg banyak selain kos pembinaan tangga. Selain itu kesusahan dalam membuat kerja (kos upah), sewa jentera (kren) akan menyebabkan tambahan kos.

6) Rumah Bertangga - Maksud di sini adalah rumah yg direkebentuk mempunyai ketinggian antara 1 kaki ke 2 kaki dari level tanah. Ini menyebabkan kos dari segi pembinaan rasuk bawah, dan kos tambakan tanah untuk lantai. Kos besi & papan acuan sangat memainkan peranan dalam menentukan kos pembinaan.

7) Tandas - Cuba kurangkan jumlah tandas, dimana pembinaan jumlah tandas adalah berdasarkan jumlah penghuni. Disyorkan jumlah tandas untuk sebuah rumah antara 2 ke 4 nos sahaja.

Bagi pembaca blog saya yg inginkan maklumat lanjut / mendapatkan khidmat nasihat boleh hubungi atau email kepada saya. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin. "Dream Your Life".

Tarmizi @ zigo 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.